Tuesday, December 15, 2015

KEPENTINGAN HAKMILIK STRATA & PEMILIK PETAK

Apa Kepentingan Hakmilik Strata?
Pentingnya hakmilik strata ini adalah adalah untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak iaitu pembeli untuk urusan urusniaga seperti pindahmilik, gadaian, pajakan dan lain-lain. Selain daripada itu menjadi rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak dan memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pesaka.

Mengapa Hakmilik Strata penting bagi bangunan bertingkat?
Bagi pengetahuan anda, Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah. Hakmilik Strata adalah satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak anda. Sekiranya anda tidak menguruskan dan memiliki hakmilik strata, anda akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya.

Apa Hak Pemilik Sebagai Pemilik Petak?
Hak-hak pemilik petak termasuk :-
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya.
  • Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa, dengan syarat semua caruman kepada kumpulan wang pengurusan perbadanan telah dibayar.
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
  • Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, system perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain.
  • Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.

Apakah Tanggungjawab Utama Pemilik Petak?
Tanggungjawab utama pemilik petak termasuk :-
  •  Membayar amaun caruman Kumpulan Wang Pengurusan.
  • Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa.
  • Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat agung luar biasa.
  • Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/tempatan berhubung dengan petak yang dimilikinya.

No comments:

Post a Comment