BADAN² YANG
MENGURUSKAN HAKMILIK STRATA
Pengurusan strata merupakan pengurusan
dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama di dalam suatu skim
strata. Mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyenggaraan)
mengandungi peruntukan berkenaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan
harta bersama serta Akta Hakmilik Strata 1985 dan yang terkini Akta Hakmilik
Strata (Pindaan) 2013. Terdapat dua buah badan yang bertanggungjawab mentadbir
bangunan/kediaman bertingkat (seperti bangunan perniagaan, flet dan apartment)
iaitu Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB) dan Perbadanan
Pengurusan (Management Corporation - MC)
TEMPOH DI ANTARA PENGURUSAN DI BAWAH
PEMAJU, JMB DAN MC
Penyerahan milikan kosong/vacant position
(VP) sehingga selepas hakmilik strata dikeluarkan, bangunan dan harta bersama
akan diurus dan disenggarakan oleh tiga entity pengurusan yang berbeza. Bagi
tempoh permulaan iaitu di antara VP sehingga JMB ditubuhkan (12 bulan selepas
VP dikeluarkan) pihak yang bertanggungjawab untuk mengurus ialah pemaju.
Selepas mesyuarat pertama dipanggil
oleh pemaju dan JMB ditubuhkan, pengurusan akan diambil alih oleh JMB tersebut
yang terdiri daripada pemaju dan pembeli petak. Dalam masa yang sama semasa
pengurusan oleh pemaju dan JMB berlangsung, permohonan hakmilik strata sedang
diproses di Pejabat Tanah.
Apabila sahaja hakmilik strata
dikeluarkan dan didaftarkan, MC akan wujud secara otomatik. JMB akan terbubar
dalam tempoh 3 bulan selepas mesyuarat pertama MC dijalankan. Pelaksanaan
tanggungjawab oleh ketiga-tiga entiti ini di kawal selia oleh Pesuruhjaya
Bangunan atau Commissioner of Building (COB).
No comments:
Post a Comment