Wednesday, December 16, 2015


Assalamualaikum kawan2 semua. Terima kasih lah sudi singgah ke blog simanis ni. *Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk hari ni. Cek letak pn sebab suka sangat tengok warna-warni ni.

Okeyyy. Haritu dh post pasal pengenalan kepada stratum kn. Hari ni kita advance kan sikit tajuk ini iaitu mengenai PERMOHONAN STRATUM. Seperti yang diketahui permohonan stratum ini terbahagi kepada dua iaitu Permohonan Hakmilik Stratum dan juga Permohonan Pajakan Stratum. So lepas ni sapa2 yang rasa nk buat rumah bawah tanah boleh la mohon ye. 


PERMOHONAN HAKMILIK STRATUM.

Jenis dan syarat-syarat permohonan suatu stratum tanah bawah tanah yang dibenarkan di bawah KTN adalah seperti berikut. 

Jenis Permohonan ini terdiri daripada:

(a) Permohonan di bawah seksyen 92C iaitu, permohonan suatu stratum tanah bawah tanah di bawah mana-mana tanah Kerajaan (rujuk rajah 1) dan juga permohonan suatu stratum tanah bawah tanah yang merupakan tanah Kerajaan di bawah tanah berimilik (rujuk rajah 2) yang telah ditetapkan kedalamannya. 

rajah 1
rajah 2

(b) Permohonan di bawah perenggan 92D(1)(b), iaitu permohonan suatu stratum tanah bawah tanah di bawah mana-mana tanah berimilik (Rajah 3) yang tidak ditetapkan kedalamannya menurut perenggan 92B(1)(a).

rajah 3

Orang atau Badan Yang Layak Memohon Permohonan. 

Suatu stratum tanah bawah tanah seperti tersebut di atas boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut: 

(a) Pemilik tanah berimilik tanah permukaan,
(b) Orang perseorangan berumur 18 tahun dan ke atas,
(c) Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh mereka untuk memiliki tanah,
(d) Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsulat 1957,
(e) Badan-Badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

*Bagi permohonan tanah bawah tanah di bawah tanah berimilik yang tidak ditetapkan kedalamannya, hanya tuan tanah permukaan sahaja layak memohon [para 14.2(a)]. Manakala bagi tanah berimilik permukaan yang telah ditetapkan kedalaman, permohonan adalah terbuka kepada mana-mana orang/badan seperti para 14.2(a) hingga 14.2(e).


PERMOHONAN PAJAKAN STRATUM.

Selain daripada permohonan untuk suatu stratum tanah bawah tanah melalui cara pemberimilikan, stratum tanah bawah tanah juga boleh dipohon melalui cara pajakan. Jenis pajakan dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

Jenis Permohonan Pajakan
(a) Pajakan tanah bawah tanah di bawah tanah rizab (rujuk rajah 4).

rajah 4

(b) Pajakan tanah bawah tanah di bawah tanah rizab bawah tanah yang telah dipajak (rujuk rajah 5).

rajah 5

(c) Pajakan tanah bawah tanah yang terletakhak kepada PBN di bawah tanah rizab yang telah dipajak yang kedalamannya telah ditetapkan (rujuk rajah 6).

rajah 6


Orang Atau Badan Yang Layak Memohon 

Suatu permohonan pajakan stratum tanah bawah tanah di bawah tanah rizab hanya boleh dibuat oleh orang atau badan yang layak di bawah seksyen 43 dan Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) KTN sahaja. 

Had Tempoh Pajakan Had 

Tempoh pajakan bagi pajakan untuk suatu stratum tanah bawah tanah ini ialah tidak melebihi 21 tahun.

Sampai sini la dulu coretan hari ini yang boleh dikongsikan. Harap dapat membantu anda-anda semua di luar sana yang masih tidak memahami mengenai Stratum ini.

No comments:

Post a Comment