PELUPUSAN DAN PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH
So, korang semua dah tahu kan pasal stratum semua tuh apa kan. But now... meh kita cter pulak pasal pelupusan dan penggunaan tanah bawah tanah ni haa.
Gini cternya gaisss...
Firstly, pelupusan tanah bawah tanah boleh dilaksanakan dengan cara melalui pemberimilikan. Di mana tanah bawah tanah tersebut di di bawah tanah kerajaan dan yang telah ditetapkan kedalamannya. Selain itu, pemberimilikan tanah bawah tanah di bawah tanah
berimilik yang tidak ditetapkan kedalamannya...
Secondly, melalui kebenaran hak penggunaan eksklusif (independence use) yang dimaksudkan menggunakan kesemua atau sebahagian daripada
kedalaman tanah bawah tanah di bawah tanah berimilik untuk maksud yang
berlainan dan tidak berhubungan dengan kegunaan tanah di permukaannya dan tanah bawah tanag yang tidak ditetapkan kedalamannya di bawah tanah rizab yang telah dipajak.
Seterusnya, melalui pajakan. So, melalui pajakan nih kita kena pastikan pajakan tanah bawah tanah itu di bawah tanah rizab, tanah bawah tanah yang telah dipajak dan pajakan kedalaman tanah bawah tanah tersebut di bawah tanah tanah rizab yang terletakhak kepada PBN.
Then... Korang kena noted pasal nih untuk membuat pelupusan tanah bawah tanah tersebut, dimana segala dokumen hakmilik bagi tanah bawah tanah ini adalah hakmilik Pejabat Pendaftar. Dan cara dikeluarkan hanyalah melalui cara pemberimilikan sahaja sama ada dalam bentuk dokumen hakmilik Geran Stratum atau Pajakan Negeri Stratum
Dah clear kan pasal pelupusan tanah bawah tanah dan penggunaannya? So... Kita move kepada...
EFEK PELUPUSAN TANAH BAWAH TANAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
So... terdapat lah beberapa efek pelupusan tanah bawah tanah yang kelihatan
agak luar biasa tetapi sah di sisi perundangan. Antaranya ialah ;
- keadaan di mana tanah di permukaan bumi di pegang di bawah Hakmilik Pejabat Tanah dan lot stratum di pegang di bawah Hakmilik Pendaftar
- keadaan di mana tanah di permukaan bumi di pegang sebagai hakmilik sementara dan lot stratum di pegang sebagai hakmilik tetap
- keadaan di mana tanah di permukaan bumi adalah tanah desa dan lot stratum di pegang di bawah Hakmilik Pendaftar.
- keadaan di mana tempoh pemberimilikan bagi tanah permukaan dan lot stratum berbeza
- keadaan di mana pemilik tanah permukaan boleh memiliki beberapa lot stratum tanahnya.
- keadaan di mana terdapat lebih daripada seorang pemilik memiliki beberapa lot stratum di bawah satu lot tanah permukaan.
Okay.... Harap harap semua yang membacanya dapatlah memahami yea. Dan dapatlah juga sedikit ilmu tuh. Hihihi
Renung-renungkan dan selamat beramal gaisss... Hihiks :P
~SSS~
No comments:
Post a Comment