Post2 saya sebelum-sebelum ni dah jelaskan tentang STRATA dan STRATUM, bagaimana permohonan, apa yang dikatakan dengan strata stratum, petak aksesori, harta bersama dan lain-lain. Dapat sikit kan ilmu tu? Okey bagus. Hari nie kita nak advance sikit la nak masuk kepada BLANKET CONSENT
Ha?? Blanket Consent?? Apa tu? Macam first time je dengar kan? Kalau omputih translate katanya blanket = selimut, Consent = keizinan / kelulusan
Takkan jadi selimut kelulusan kot? Haha okey tak sebenarnya, meh nak habaq mai kat ampa semua
BLANKET CONSENT adalah PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH
~ Kaedah mendapatkan
kelulusan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memindahmilik
hakmilik daripada nama pemaju kepada nama pembeli pertama bagi projek
pembangunan yang mempunyai sekatan kepentingan setelah hakmilik individu
dikeluarkan (landed title/strata title).
*Kes macam nie selalu berlaku melibatkan pembeli
dan pemaju. Pernah dengar pemaju tak bagi anda menjual hartanah anda? Atau
urusan jual beli rumah anda lambat selesai? Ha sebab 'blanket consent' la.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON?
1. Permohonan
dibuat melalui Unit Blanket Consent di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
2. Permohonan
hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
(Borang Permohonan Kebenaran Pindahmilik
Menyeluruh (Blanket Consent) )
- Surat permohonan rasmi oleh
pemaju/pelikudasi/pentadbir.
- Surat kelulusan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi pembangunan
projek yang dipohon.
- Salinan surat kelulusan pindaan
syarat MMKN. (cth: pengecualian kuota, pindaan pembangunan dan yang
berkaitan)
- Salinan Pelan Susunatur (
Layout Plan ) yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) /
Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) mengikut surat kelulusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
- Surat Akuan Berkanun/Surat
Sumpah oleh pemaju/pelikudasi/pentadbir
- Borang 9/24/49/Memorandom
& Articles Of Association oleh syarikat
pemaju/pelikudasi/pentadbir dan salinan Power Of Attorney (
bagi yang berkaitan)
- Senarai nama pembeli bumiputera
– Lampiran A dan Senarai nama pembeli
bukan bumiputera Lampiran A1.
- Analisa Status Jualan Terkini
mengikut format di Lampiran B.
- Senarai kelulusan terdahulu
mengikut format di Lampiran C (jika ada)
- Maklumat Tambahan mengikut
format di Lampiran D.
- Salinan perjanjian Jual Beli
antara pemaju dengan pembeli pertama (Sales And Purchase Agreement)
- Borang 9/24/49/ Memorandom
& Articles Of Association dan salinan maklumat korporat (SSM
e-info) bagi pembeli dari syarikat Bumiputera.
- Softcopy (CD/Pendrive)
mengandungi Lampiran A, A1, B, C dan D.
PENGECUALIAN DIBERIKAN JIKA:
Kelulusan kebenaran
pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) tidak tertakluk kepada hakmilik yang
dikeluarkan atas nama pemaju/tuan tanah yang tiada sekatan (Free Hold)
INFO TAMBAHAN UNTUK ANDA:
Permohonan kebenaran
pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) juga diperlukan sekiranya:
1. Terdapat surat
kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) yang dikeluarkan
oleh Pejabat Tanah/Daerah yang perlu mendapat pengesahan semula oleh Pihak
Berkuasa Negeri semasa urusan pendaftaran.
2. Terdapat surat
kelulusan dasar yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri berhubung kebenaran
pindahmilik dan menggadai kepada pembeli - pembeli pertama bagi sesuatu projek
pembangunan.
PERMOHONAN PEMBATALAN DAN PENGGANTIAN NAMA PEMBELI KEDUA
~(Borang Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama
Pembeli Kedua)~
Secara dasarnya,
permohonan pembatalan dan penggantian kepada pembeli kedua hanya boleh diproses
sekiranya:
i. Hakmilik
masih atas nama pemaju/tuan tanah.
ii. Surat
kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) telah dikeluarkan
kepada pembeli pertama.
iii. Proses jual
beli daripada pembeli pertama (bumiputera) kepada pembeli kedua (Bukan
Bumiputera) tidak melebihi kuota jualan bumiputera yang telah dikenakan oleh
Pihak Berkuasa Negeri.
Sekiranya proses jualbeli seperti di para 3, telah menyebabkan bilangan
unit kuota Bukan Bumiputera melebihi kuota Bumiputera yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri, maka pihak pemaju atau mana - mana pihak yang
berkepentingan haruslah terlebih dahulu membuat permohonan rayuan dan
membayar penailti yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kepada Lembaga
Perumahan Dan Hartanah (LPH)
BAGAIMANA MEMOHON
1. Permohonan
dibuat melalui Unit Blanket Consent, Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
2. Permohonan
hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
- Surat permohonan rasmi oleh pemaju/pemilik
tanah/pelikudasi/pentadbir atau melalui pemaju/pemilik
tanah/pelikudasi/pentadbir
- Salinan surat kelulusan
kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent)
- Salinan surat perjanjian jual
beli kepada pembeli kedua (subsale) /Proclamation Of Sale´ (bagi
kes lelongan)/perintah Mahkamah/perintah Pesaka
- Salinan kad pengenalan pembeli
pertama dan pembeli kedua.
- Senarai Pembatalan dan
Penggantian nama pembeli yang dipohon mengikut format / contoh
seperti di Lampiran A sebanyak 3 salinan.
- Analisa Status Jualan Terkini
mengikut format di Lampiran B.
- Senarai kelulusan batal dan
ganti terdahulu mengikut format di Lampiran C (jika ada)
- Borang 9/24/49/ Memorandom
& Articles Of Association dan salinan maklumat korporat (SSM
e-info) bagi pembeli kedua daripada syarikat Bumiputera (jika berkenaan)
- Softcopy ( CD/Pendrive )
mengandungi Lampiran A, B dan C.
PERMOHONAN MENDAPATKAN
PENGESAHAN (CTC) BAGI SALINAN SURAT KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET
CONSENT)
(Borang Permohonan
Mendapatkan Salinan Diakui Sah (CTC) Surat Kelulusan Kebenaran Pindahmilik
Menyeluruh (Blanket Consent) )
Sekiranya salinan surat
kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) digunakan untuk
apa jua urusan rasmi seperti urusan permohonan menggadai, pindahmilik dan lain
- lain, maka salinan surat kelulusan tersebut perlu disahkan semula oleh Unit
Blanket Consent, Pejabat Tanah Dan Galian (PTG)
BAGAIMANA MEMOHON
1. Permohonan
dibuat melalui Unit Blanket Consent, Pejabat Tanah dan Galian.
2. Permohonan
hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
- Mengisi borang permohonan
salinan diakui sah (CTC)
- Bagi salinan surat kelulusan
yang diterima kurang daripada 100 salinan akan diproses dalam tempoh
5 hari bekerja.
- Bagi salinan surat kelulusan
yang diterima lebih daripada 100 salinan akan diproses dalam tempoh
10 hari bekerja.
FI PERMOHONAN
- Salinan sah hakmilik –
RM50.00 (bagi setiap satu hakmilik)
- Permohonan – RM50.00 (bagi
setiap satu hakmilik)
* Bayaran tersebut
akan dinyatakan didalam setiap salinan surat kelulusan kebenaran pindahmilik
menyeluruh (Blanket Consent) dan dijelaskan semasa urusan pendaftaran
bagi setiap hakmilik yang diluluskan.
KUASA MELULUSKAN
- YAB. Dato’ Menteri Besar -
bagi permohonan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent)
- Pengarah Tanah dan Galian - bagi permohonan pembatalan dan penggantian kepada
pembeli kedua
No comments:
Post a Comment