ASSALAMUALAIKUM
Hari ini apa yang akan dibincangkan adalah berkaitan
dengan Akta Pindaan Strata. Sejak kebelakangan ini ramai yang menyebut dan
berkata-kata dengan pindaan baru ini. Disini saya menerangkan secara ringkas
pindaan ini berlaku.
Pengurusan harta bangunan bertingkat atau dikenali sebagai harta strata telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1985 melalui Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Akta ini mengandungi peruntukan mengenai pengurusan dan pengeluaran hakmilik dan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang berlaku berkenaan dengan strata.
Bagi pengurusan strata di bawah Akta 318 ini hanya merangkumi tempoh hakmilik setelah strata dikeluarkan dan tidak menyebut tentang pengurusan sewaktu hakmilik strata masih dalam tempoh permohonan.
Kelemahan akta ini diatasi dengan memperkenalkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Pengurusan) 2007 (Akta 663). Walau bagaimanapun, Akta 663 ini sering disifatkan sebagai “setengah masak” dan dianggap tidak komprehensif.
Seperti mana yang telah diperkatakan bahawa akta hakmilik strata telah berlaku perubahan baru bagi mengatasi kelemahan akta-akta yang terdahulu, akta baharu telah diperkenalkan, iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Dimana Dewan Negara bersetuju meluluskan cadangan pemansuhan Akta Bangunan Dan Harta Bersama 2007 (Akta 663). Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah mendapat perkenan dan diluluskan yang DiPertuan Agung pada 5 Februari 2013 dan digazetkan/diwartakan pada 8 Februari 2013.
Kerajaan telah meluluskan Akta 757 yang akan berkuatkuasa pada tahun 2015 menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dengan elemen penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat di dalam kedua-dua Akta tersebut.
Dengan kuatkuasa Akta 757
diharap dapat meminimumkan permasalahan yang berlaku terhadap perlaksanaan Akta
sedia ada dan memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi
oleh pelbagai pihak dalam proses untuk menguruskan harta strata.
PERBANDINGAN
PENAMBAHBAIKAN AKTA
Yang berikut ialah perbandingan Akta 663 dan Akta 757
BIL
|
TAJUK
|
AKTA
663
|
AKTA
757
|
1
|
Rujukan
kepada Satu Akta
|
2 Akta
|
1 Akta sahaja
|
2
|
Undang-undang
Bersifat Komprehensif
|
46 seksyen sahaja
dan banyak
kekurangan
|
153 seksyen (lebih
menyeluruh)
|
3
|
Jadual
Petak Harus Difailkan di Pejabat Pesuruhjaya sebelum Jualan
Diberikan Kebenaran
|
Tiada
|
Ada
|
4
|
Sempadan
Harta Bersama Ditandakan
di atas Pelan Bangunan
Strata
|
Tiada
|
Ada
|
5
|
Jawatan
Timbalan Pesuruhjaya Bangunan
|
Tiada
|
Ada
|
6
|
Interpretasi
dan Definisi yang Lengkap
dan Komprehensif
|
Tiada
|
Ya
|
7
|
Bilangan
Kesalahan yang
Mencukupi
|
Tiada
|
Ya
|
Kesan
Pindaan Akta Pengurusan Strata 2013
Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 dilihat akan dapat
melancarkan proses pengurusan hartanah strata. Akta ini juga dapat memberikan
platform untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tanpa merujuk mahkamah yang
selalunya memakan masa yang panjang dan kos yang lebih mahal.
No comments:
Post a Comment