Semester ni simanis belajar sesuatu yang baru iaitu taxation atau percukaian. So kat sini, simanis nak update sikit ilmu yang kami perolehi daripada pensyarah kami iaitu Prof Megat. So harapan supaya ianya memberi manfaat kepada semua in sha Allah amiin.
Apakah percukaian?
Percukaian merupakan pengambilan sebahagian daripada hak-hak kepunyaan orang lain dari bentuk kekayaan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan.
Cukai adalah sebagai suatu sumbangan paksa/wajib yang dimestikan terhadap orang ramai yang terlibat dengan asas cukai yang diamalkan. Contohnya cukai pendapatan yang dikenakan terhadap pendapatan yang boleh dikenakan cukai, cukai tanah yang dikenakan terhadap pemilik tanah dan cukai eksais yang dikenakan terhadap pengusaha perniagaan. Cukai bukan merupakan suatu bayaran atau denda faedah khusus kepada orang yang membayar. Contohnya bayaran lesen, permit, tol dll walaupun terdapat unsur-unsur paksaan didalamnya.
Kuasa mengenakan cukai
Suatu sumbangan paksa yang diperintahkan oleh kerajaan atau mana-mana badan yang diberi kuasa perundangan untuk melaksanakan cukai tersebut
- Cukai Pendapatan (Akta Cukai Pendapatan 1957)
- Kadaran (cukai pintu) (Akta Kerajaan Tempatan 1976)
- Cukai Tanah (Kanun Tanah Negara 1965)
- Cukai Keuntungan Harta (Akta Keuntungan Harta Tanah 1976)
Pembayar cukai tidak akan menerima faedah secara langsung dari cukai yang mereka bayar. Ia merupakan suatu sumbangan kepada kerajaan untuk membolehkan penyediaan dan pemulihan infrastruktur. Jadi jangan salah anggap kenapa kita perlu membayar cukai ye :D